Tuesday, 9 February 2016

MENGENAI SYARIKAT - KASEH AL WAFI SDN BHD


Mengenai Syarikat.

           Kaseh Al Wafi Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat bumiputera yang terletak di Batu Caves, Selangor. Diasaskan oleh Al Fadhil Ustaz Ismail Kamus, syarikat menjalankan perniagaan berasaskan produk pemakanan sunnah bertujuan bagi menggalakkan penggunaan makanan-makanan yang bersih dan disyorkan oleh Nabi Muhammad sebagai makanan yang baik dan berkhasiat sepanjang zaman.







         Setakat ini, syarikat telah mengeluarkan sofgel minyak zaitun yang dihasilkan di Malaysia dan bersumberkan minyak zaitun berkualiti dari Palestin. Disamping membantu ekonomi warga Palestin, syarikat juga menggalakkan peniaga-peniaga kecil yang ingin menceburkan diri dalam perniagaan dengan menjadi agen, stokis dan pengedar produk di seluruh Malaysia dengan memberi diskaun tertentu mengikut pakej yang dipilih peniaga.

          Syarikat kini dalam proses penghasilan sofgel minyak habbatussauda dalam memberi manfaat kepada kesihatan masyarakat Malaysia dengan produk berkualiti dari sumber yang berkualiti. Produk yang telah dihasilkan sememangnya mendapat KELULUSAN KKM sebagai produk suplemen dan mendapat kelulusan HALAL dari JAKIM. Dengan adanya 2 kelulusan pihak berkuasa ini maka ia menambah keyakinan pengguna mengenai tahap keselamatan dan taraf Halal yang sentiasa menjadi perhatian pihak syarikat,









Diharapkan dengan usaha syarikat ini dapat meningkatkan kesedaran akan baiknya amalan pengambilan makanan yang baik, bersih & berkhasiat sekaligus memberi kebaikan kesihatan kepada masyarakat semua di Malaysia

Kaseh Al Wafi Sdn Bhd
0193448328

No comments:

Post a Comment