Sunday, 21 February 2016

Ya, betul! Minyak Zaitun mampu mengurangkan risiko kanser Kolon/Rektum


Dalam satu lagi kajian yang dijalankan oleh University Oxford (ranking No.2 universiti terbaik dunia – 2015-2016) mengenai kanser kolon/rectum di 28 buah negara, didapati terdapat hasil yang membezakan kesan diet pemakanan antara daging, ikan dan minyak zaitun yg diamalkan terhadap risiko kanser kolon/rectum. Didapati pengamal daging dan ikan mampu memberi impak terhadap kemungkinan menghidap kanser ini TETAPI bagi pengamal minyak zaitun kesannya adalah NEGATIF




Kanser kolon/rectum berlaku disebabkan pertumbuhan sel abnormal pada bahagian rectum/kolon dan menyebabkan kegagalan fungsi pada anggota badan berhampiran.

Simptom-simptom kanser kolon/rektum dapat dilihat melalui tanda2 darah pada najis, kehilangan berat badan, rasa kerap letih dan perubahan pergerakan usus.

Kaseh Al Wafi Sdn Bhd

0193448328

Wednesday, 10 February 2016

15 FAQ berkaitan pengambilan sofgel minyak zaitun


1. S: Adakah Azzayt ini produk Ustaz Ismail Kamus?
    J: Ya, Ustaz Ismail Kamus merupakan pengarah syarikat dan duta produk.

2. S: Adakah mendapat kelulusan KKM dan Halal JAKIM?
    J: Ya kedua-dua produk telah mendapat kelulusan KKM
    Sofgel minyak zaitun – MAL15060018TC
    Sofgel habbatus sauda – MAL15090021TC
    Halal JAKIM – 1012-01/2015

3. S: Bilakah waktu yang paling sesuai untuk makan kapsul minyak zaitun ini?
    J: Setakat yg kami tahu, tiada waktu yang sebenar-benar tetapi disyorkan ambil antara 2 waktu berikut      (samada A atau B)

a) Sebelum tidur – untuk mendapatkan kesan tidur yg lena, mudah bangun pagi, cergas di pagi hari dan     kesan-kesan penyembuhan penyakit yg lain

b) Sebelum sarapan - kadar penyerapan khasiat lebih tinggi. Untuk mendapatkan kesan tenaga berpenajangan hingga ke petang dan kesan-kesan penyembuhan penyakit yg lain

4. S: Bolehkah makan sofgel kapsul minyak zaitun jika makan ubatan hospital sama?
    J: Boleh, jarakkan masa pengambilan antara 30 minit ke 2 jam. Dapatkan nasihat doktor/ahli farmasi untuk    lebih tepat berkaitan ubat anda dan minyak zaitun

5. S: Adakah minyak zaitun boleh menyebabkan “healing crisis”
    J: Bergantung kepada tahap kesihatan seseorang, sesetengah orang mengalaminya, sesetengah orang tidak    mengalaminya langsung.

Krisis pemulihan ialah suatu proses di mana badan seseorang melalui jangkamasa pembersihan dan pembinaan semula. Sebagai sebahagian daripada proses pemulihan, badan seseorang akan mula menyingkirkan sisa toksik yang telah lama terkumpul di dalam badan.

Semasa proses penyingkiran toksik, badan anda akan mengalami tanda-tanda dan gejala tidak selesa, dan ini diiktiraf sebagai krisis pemulihan. Dalam falsafah Perubatan Cina, pemulihan yang sebenar perlu sentiasa didahului dengan krisis pemulihan.

6. S: Apa saya perlu lakukan apabila berlaku ‘healing crisis’?
    J: Ia bergantung kemampuan tuan/puan yg mengalaminya samada mampu bertahan atau tidak.
Sekiranya mampu bertahan, boleh dilakukan samaada menambah dos (bil.sofgel) atau mengurangkan     dos.Sekiranya tidak mampu bertahan, boleh jarakkan pengambilan seperti selang sehari atau kurangkan dos (sebiji sehari)

7. S: Berapa cepatkah akan merasa kesan manfaat sofgel minyak zaitun Azzayt ini?
    J: Bergantung pada tahap kesihatan individu dan berapa kuat penyakit yg sedang dialami. Ada pengamal yg merasa kesan seawal 2-3 hari selepas amal, ada pengamal yg merasa kesan selepas seminggu. Malah sesetangah pengamal menambah dos (mengambil 3-8 biji sehari) untuk kesan yg lebih kuat dan alhamdulillah berkesan – cth telah keluar batu karang pesakit.

8. S: Bolehkah ibu mengandung makan minyak zaitun Azzayt ini?
    J: Boleh, tetapi digalakkan makan ketika kandungan sudah masuk trimester ke 2
(rujuk doktor untuk lebih tepat keadaan kandungan bayi dan minta nasihat doctor untuk pengambilan sofgel ini)

9. S: Adakah minyak zaitun boleh dimakan ketika berpantang selepas bersalin?
    J: Boleh sebagai supplement tambahan. Ia elok utk menyembuh luka-luka & kesan parut

10. S: Kanak-kanak umur berapakah boleh mula makan kapsul minyak zaitun ini?
    J: Seawal 4-5 tahun, bergantung keupayaan mereka menelan sofgel.

11.S: Apakah khasiat minyak zaitun?
    J: Banyak, seperti dalam brosur & artikel-artikel yang dikeluarkan. Secara asas ia berkhasiat untuk hal berkaitan kulit, sistem darah, sistem penghadaman.

12. S: Berapa jenis minyak zaitun?
     J: Terdapat pelbagai jenis minyak zaitun iaitu

a-     Extra Virgin Oil (paling berkhasiat)
b-    Virgin Oil
c-     Pure Oil
d-    Extra Light Oil
e-     Pomace Oil (kurang berkhasiat dan murah)

13. S: Bolehkah ibu menyusu anak makan kapsul ini?
     J: Boleh kerana banyak khasiat bermanfaat untuk bayi, malah ia mampu memperbanyyakkan susu ibu.

14. S: Apakah kelebihan minyak zaitun dari Palestine berbanding negara2 lain
      J: Minyak zaitun lebih bermutu tinggi jika dipetik dari pokok2 yang tua, pokok2 ini banyak terdapat di Palestine.

15. S: Adakah Azzayt menawarkan apa-apa pakej perniagaan untuk pengguna mendapatkan pendapatan?
      J: Ya, ada. Kami menawarkan pakej menjadi agen, stokis atau pengedar kami dengan menawarkan pembelian min.tertentu mengikut pakej dengan memberikan diskaun tertentu. Harga jualan ialah RM36 smnjg/RM40 sabah srwak (minyak zaitun) dan RM40 smnjg/RM43 sabah srwk (habbatus sauda – bakal dikeluarkan)


Kaseh Al Wafi Sdn Bhd
0193448328

Info asas habbatus sauda & 10 Kebaikannya terhadap kesihatan kita

Habbatussauda
Nama saintifiknya ialah Nigella sativaa. Ianya berbentuk butiran biji-bijian yang berwarna hitam. Habbatus sauda telah dikenalpasti ribuan tahun yang lalu sbg herba utk mengubati pelbagai jenis penyakit. Penggunaannya diamalkan secara meluas oleh masyarakat di Timur Tengah, Pakistan & India. 






Ibnu Sina (980 – 1037 M) seorang bijakpandai perubatan Timur Tengah yang namanya tercatat hampir di semua buku sejarah pengubatan timur & barat, telah menemui berbagai manfaat Habbatussauda untuk kesihatan dan pengubatan. Terdapat lebih dari 200 kajian universiti seluruh dunia dan artikel dalam bentuk journal mendukung penggunaan habbatussauda secara tradisional yang tercatat hampir 1400 tahun yang lalu.
.
Habbatussauda sangat kaya dan mempunyai pelbagai komposisi kimia. Bahan utamanya crystalline nigellone, juga mengandung 15 asam amino, protein, karbohidrat, baik fixed oils (84% asam lemak, termasuk linolenat, dan oleat) dan minyak volatile, alkaloids, saponin, dan serat kasar, mahupun mineral seperti kalsium, besi, natrium dan kalium.



10. khasiat Habbatus Sauda ialah ia membantu


- Merawat masalah keguguran rambut
- Meningkatkan warna kulit
- Merawat eczema
- Merawat cirit birit
- Mengurangkan risiko kanser
- Merawat penyakit asma
- Meningkatkan kesihatan hati
- Meningkatkan daya ingatan
- Mengurangkan tekanan darah
- Mengawal diabetes tahap II


Menurut Hadis riwayat Al Bukhari & Muslim menyatakan “Sesungguhnya pada Habbatussauda itu terdapat ubat bagi segala macam penyakit, kecuali mati”.

Kaseh Al Wafi Sdn Bhd
0193448328
.

17 kebaikan minyak zaitun menurut sains dan perubatan terdahulu

Pohon zaitun tumbuh di puncak bukit. Ia mendapat sinar matahari baik di waktu matahari terbit mahupun sewaktu matahari terbenam. Pohonnya subur dan buahnya menghasilkan minyak yang baik.






REALITI / FAKTA

Tumbuhan ini memang terbukti khasiatnya dalam mengembalikan tahap kesihatan seseorang dan sbg ramuan pencegahan pelbagai penyakit termasuk beberapa jenis kanser. (klik utk info kajian saintifik moden 
http://tinyurl.com/mxbyhha )
.
MINYAK ZAITUN terdapat dalam banyak hadis-hadis nabi yang mengesyorkan amalan pemakanannya. Malah, dalam kajian saintifik juga telah membuktikan kata-kata dan saranan tersebut maka tidak hairanlah mengapa para alim ulama lebih cenderung kepada makanan-makanan sunnah untuk mengubati penyakit-penyakit manusia berbanding ubat-ubat moden yang kandungannya diragui (syubhah). 
.
Sejak 1400 tahun lalu, Nabi Muhammad SAW telah menganjurkan penggunaan minyak zaitun, kerana khasiatnya yang amat besar, dikeluarkan dari pohon zaitun yang diberkati. 
.
Firman Allah SWT: “Allah cahaya langit dan bumi. Perumpamaan cahaya Allah, adalah seperti sebuah lubang yang tak tembus, yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam kaca (dan) kaca itu seakan-akan bintang yang bercahaya seperti mutiara, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang berkah, yakni pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur dan tidak pula di sebelah baratnya, yang minyaknya hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya berlapis-lapis, Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang dia kehendaki, dan Allah memperbuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia, dan Allah Maha mengetahui segala sesuatu.” (An-Nur : 35) 
.
Diriwayatkan oleh Ibnu Umar r.a., Rasulullah SAW pernah bersabda: "Minumlah minyak zaitun dan berminyak dengannya kerana sesungguhnya ia adalah dari pohon yang diberkati." (HR Al-Baihaqi & Ibnu Majah).


Buah zaitun
.
Info mengenai buah zaitun yg disebut di dalam Alquran dan hadith http://tinyurl.com/mogsbub 




-Jika diminum, ianya bermanfaat untuk 
1. menguatkan daya ingatan, 
2. menguatkan hempedu, 
3. mencegah masalah pencernaan, 
4. mengubati penyakit buasir dan impotensi, 
5. membantu masalah haid, 
6. menghilangkan racun dalam tubuh, 
7. mencegah pertumbuhan sel-sel kanser, 
8. menurunkan kadar gula dan kolesterol, 
9. mencegah penyakit kencing manis 
10.serta bermacam-macam khasiat lagi untuk kesihatan manusia. 
.
Jika disapukan, ianya bermanfaat untuk 
1. menghilangkan kedutan pada wajah, 
2. melindungi dari bakteria, 
3. mencegah keguguran rambut, 
4. menghilangkan penyakit kulit, 
5. menghaluskan serta melembabkan kulit, 
6. melambatkan proses penuaan 
7. dan menjaga kebersihan kulit kepala. 


Semoga kita sama2 beroleh kebaikan dari minyak zaitun ini.

Kaseh Al Wafi Sdn Bhd
0193448328


Tuesday, 9 February 2016

19 Kebaikan Khasiat Minyak Zaitun

Minyak Zaitun memang sudah lama terkenal dengan pelbagai khasiatnya.

Dengan kajian yang menyeluruh dari dunia perubatan Islam dan perubatan moden barat, kehebatan khasiat yang terkandung di dalam minyak zaitun tidak dapat disangsikan lagi.

Malah,penekanan yang terdapat di dalam Al Quran dan Hadith menjadi faktor kuat tentang kemuliaan buah zaitun yang diletak sebaris dengan beberapa jenis buah/pemakanan lain. Ia disebut 7 kali di dalam Al Quran dimana 2 kali disebut secara bersendirian dan 5 kali disebut bersama tumbuhan lain seperti tamar, delima, tin dan anggur.

Info asas Buah Zaitun

Buah Zaitun berasal dari keluarga Oleaceae, dengan nama saintifiknya ialah Olea Europae. Ia kaya dengan Vitamin E yang dikatakan berfungsi sebagai antioksida dimana ia berperanan dalam melindungi tubuh badan dari serangan radikal bebas di dalam badan manusia. Antioksidan mampu melindungi tubuh dari penyakit dengan menguatkan sistem imunisasi.


Minyak zaitun, baik untuk kesihatan kulit, sistem penghadaman & sistem peredaran darah


Khasiat

Minyak zaitun banyak memberi khasiat dalam hal-hal berkaiatn kulit, sistem darah, mental dan sistem penghadaman. Banyak kajian yang membuktikan akan perkara tersebut. Malah terdapat juga kajian yang mengatakan ia dapat mencegah kanser usus, kanser rahim dan sebagainya.

Berikut disenaraikan beberapa khasiat minyak zaitun

1. Membantu memberi kesuburan kulit wajah.
      2. Membantu sistem penghadaman.
      3. Membantu menyingkir parasit pada usus
      4. Mengandungi bahan anti penuaan.
      5. Membantu mengatasi kesan melecur dan parut.
      6. Membantu melegakan arthritis dan sciatica.
      7. Membantu menjauhkan kanser usus dan pelbagai kanser lain.
      8. Membantu menghindari penyakit kardiovaskular dan arteriosclerosis (pengerasan saluran arteri).
      9. Membantu mengelakkan pembetukan batu hempedu (gallstone), dgn menghasilan byk air hempedu
      10. Membantu system penghadaman dan mengurangkan ulser perut.
      11. Sebagai Antioksidan dan antikanser semulajadi.
      12. Membekalkan omega 3, 6 dan 9 pada tubuh badan.
      13. Mengubati penyakit resdung.
      14. Mampu menghindari risiko kolon kanser, breast kanser.
      15. Membantu memecahkan batu karang.
      16. Memelihara organ hati dengan baik dari radang dan serangan penyakit hepar.
      17. Membantu merawat penyakit eczema, radang kulit (psoriasis).
      18. Merawat penyakit gula dalam darah yang tinggi (diabetes).
      19. Merawat penyakit kolesterol dalam darah seperti darah tinggi dan jantung.

          Kini, pengambilan minyak zaitun dipermudahkan dengan penghasilan kapsul sofgel dengan bersumberkan gelatin halal. Ianya mudah dibawa dan mudah diamalkan utk kebaikan semua golongan.

kaseh al wafi sdn bhd
0193448328

MENGENAI SYARIKAT - KASEH AL WAFI SDN BHD


Mengenai Syarikat.

           Kaseh Al Wafi Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat bumiputera yang terletak di Batu Caves, Selangor. Diasaskan oleh Al Fadhil Ustaz Ismail Kamus, syarikat menjalankan perniagaan berasaskan produk pemakanan sunnah bertujuan bagi menggalakkan penggunaan makanan-makanan yang bersih dan disyorkan oleh Nabi Muhammad sebagai makanan yang baik dan berkhasiat sepanjang zaman.







         Setakat ini, syarikat telah mengeluarkan sofgel minyak zaitun yang dihasilkan di Malaysia dan bersumberkan minyak zaitun berkualiti dari Palestin. Disamping membantu ekonomi warga Palestin, syarikat juga menggalakkan peniaga-peniaga kecil yang ingin menceburkan diri dalam perniagaan dengan menjadi agen, stokis dan pengedar produk di seluruh Malaysia dengan memberi diskaun tertentu mengikut pakej yang dipilih peniaga.

          Syarikat kini dalam proses penghasilan sofgel minyak habbatussauda dalam memberi manfaat kepada kesihatan masyarakat Malaysia dengan produk berkualiti dari sumber yang berkualiti. Produk yang telah dihasilkan sememangnya mendapat KELULUSAN KKM sebagai produk suplemen dan mendapat kelulusan HALAL dari JAKIM. Dengan adanya 2 kelulusan pihak berkuasa ini maka ia menambah keyakinan pengguna mengenai tahap keselamatan dan taraf Halal yang sentiasa menjadi perhatian pihak syarikat,









Diharapkan dengan usaha syarikat ini dapat meningkatkan kesedaran akan baiknya amalan pengambilan makanan yang baik, bersih & berkhasiat sekaligus memberi kebaikan kesihatan kepada masyarakat semua di Malaysia

Kaseh Al Wafi Sdn Bhd
0193448328