Pohon zaitun tumbuh di puncak bukit. Ia mendapat sinar matahari baik di waktu matahari terbit mahupun sewaktu matahari terbenam. Pohonnya subur dan buahnya menghasilkan minyak yang baik.
REALITI / FAKTA
Tumbuhan ini memang terbukti khasiatnya dalam mengembalikan tahap kesihatan seseorang dan sbg ramuan pencegahan pelbagai penyakit termasuk beberapa jenis kanser. (klik utk info kajian saintifik moden
http://tinyurl.com/mxbyhha )
.
MINYAK ZAITUN terdapat dalam banyak hadis-hadis nabi yang mengesyorkan amalan pemakanannya. Malah, dalam kajian saintifik juga telah membuktikan kata-kata dan saranan tersebut maka tidak hairanlah mengapa para alim ulama lebih cenderung kepada makanan-makanan sunnah untuk mengubati penyakit-penyakit manusia berbanding ubat-ubat moden yang kandungannya diragui (syubhah).
.
Sejak 1400 tahun lalu, Nabi Muhammad SAW telah menganjurkan penggunaan minyak zaitun, kerana khasiatnya yang amat besar, dikeluarkan dari pohon zaitun yang diberkati.
.
Firman Allah SWT: “Allah cahaya langit dan bumi. Perumpamaan cahaya Allah, adalah seperti sebuah lubang yang tak tembus, yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam kaca (dan) kaca itu seakan-akan bintang yang bercahaya seperti mutiara, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang berkah, yakni pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur dan tidak pula di sebelah baratnya, yang minyaknya hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya berlapis-lapis, Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang dia kehendaki, dan Allah memperbuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia, dan Allah Maha mengetahui segala sesuatu.” (An-Nur : 35)
.
Diriwayatkan oleh Ibnu Umar r.a., Rasulullah SAW pernah bersabda: "Minumlah minyak zaitun dan berminyak dengannya kerana sesungguhnya ia adalah dari pohon yang diberkati." (HR Al-Baihaqi & Ibnu Majah).
![]() |
| Buah zaitun |
Info mengenai buah zaitun yg disebut di dalam Alquran dan hadith http://tinyurl.com/mogsbub

-Jika diminum, ianya bermanfaat untuk
1. menguatkan daya ingatan,
2. menguatkan hempedu,
3. mencegah masalah pencernaan,
4. mengubati penyakit buasir dan impotensi,
5. membantu masalah haid,
6. menghilangkan racun dalam tubuh,
7. mencegah pertumbuhan sel-sel kanser,
8. menurunkan kadar gula dan kolesterol,
9. mencegah penyakit kencing manis
10.serta bermacam-macam khasiat lagi untuk kesihatan manusia.
.
Jika disapukan, ianya bermanfaat untuk
1. menghilangkan kedutan pada wajah,
2. melindungi dari bakteria,
3. mencegah keguguran rambut,
4. menghilangkan penyakit kulit,
5. menghaluskan serta melembabkan kulit,
6. melambatkan proses penuaan
7. dan menjaga kebersihan kulit kepala.
Semoga kita sama2 beroleh kebaikan dari minyak zaitun ini.
Kaseh Al Wafi Sdn Bhd
0193448328



No comments:
Post a Comment